Saturday, 24 November 2012

Kelebihan Maklumat dan Daya Saing

Apa itu sistem maklumat??? 

Sistem maklumat adalah gabungan sumber dari institusi, perkakasan, perisian, rangkaian komunikasi dan data yang mengumpul, menukar dan menyebarkan maklumat di dalam organisasi. Antara kebaikan sistem maklumat adalah;
i.         Meningkatkan produktiviti pekerja dengan mengurangkan masa bekerja, kesilapan dan kos.
ii.        Ia juga dapat meningkatkan daya membuat keputusan.
iii.       Dapat membuat perkongsian perniagaan dan kerjasama.
iv.     Membolehkan jangkauan global di seluruh dunia dengan mengambil kira budaya setiap negara atau masyarakat.
v.   Memudahkan transformasi organisasi sebagai organisasi yang berkembang dan memberi respon kepada pesanan yang sentiasa berubah – ubah.

Sistem maklumat digunakan dalam kebanyakan urusan dalam kehidupan harian. Contohnya urusan perbankan, perniagaan, pendidikan, perubatan dan berbagai lagi.  Dalam institusi kerajaan juga terdapat banyak sistem yang dibangunkan bertujuan untuk memudahkan capaian dan mengurangkan kos serta tenaga kerja. Sistem – sistem seperti e-filing, e-perolehan, e-penyata gaji, HRMIS dan  bermacam sistem diharap dapat membantu masyarakat Malaysia pada amnya serta penjawat awam secara khusus.

Apa yang saya tahu, pembinaan sistem maklumat stratergik adalah apabila sistem tersebut mempunyai kelebihan daya saing, dapat mengurangkan kelemahan daya saing atau dapat memenuhi lain – lain objektif organisasi. Ini bermakna pembinaan sistem tersebut berjaya apabila pengguna tidak merasa ia adalah bebanan dan  menjadikan urusan harian mereka lebih mudah.


Kelebihan Daya Saing…



Daya saing penting dalam sesebuah industri bagi memastikan penambahbaikan sentiasa dilakukan untuk kepuasan hati pelanggan. Bagi memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, organisasi perlu membina strategi untuk menangani kuasa – kuasa ini ;
i.                     Persaingan pesaing dalam industri
ii.                   Peserta baru ke dalam industri dan pasaran
iii.                  Gantikan produk yang boleh menawan pasaran
iv.                 Kuasa tawar-menawar pelanggan
v.                   Kuasa tawar-menawar pembekal

Contohnya; perkhidmatan hospital kerajaan

Macam yang kita semua tahu, kerajaan telah menjadikan industri perubatan sebagai salah satu perkhidmatan utama kerajaan. Oleh sebab itu, kerajaan sentiasa memastikan perkhidmatan perubatan di bawah Kementerian Kesihatan adalah yang terbaik. Pesaing utama hospital kerajaan adalah wujudnya hospital – hospital swasta bertaraf pakar yang menyediakan perkhidmatan dan layanan yang baik terhadap pelanggan. Selain itu, klinik – klinik swasta juga banyak dibuka berdekatan kawasan taman – taman perumahan yang memudahkan pelanggan datang untuk mendapatkan rawatan.

             Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menangani aduan – aduan ketidakpuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan di agensi perubatan kerajaan. Contohnya Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2011 bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan. Klinik ini dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Sasaran utama adalah golongan berpendapatan rendah. Namun, Klinik 1 Malaysia dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu, pesakit ulangan juga boleh menggunakan kemudahan SMS & Ambil, Pos Laju dan Farmasi Pandu Lalu untuk mendapatkan ubat – ubatan mereka. Pesakit tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan farmasi.

             Stratergi yang terbaik boleh diambil bagi menangani kuasa – kuasa yang ada. Penjenamaan semula, projek inovasi, perkembangan industri, kerjasama dengan pesaing industri dan pelbagai stratergi lain boleh dijalankan bagi memastikan organisasi berdiri kukuh standing dengan organisasi gergasi yang lain.