Apa itu sistem
maklumat???
Sistem maklumat
adalah gabungan sumber dari institusi, perkakasan, perisian, rangkaian
komunikasi dan data yang mengumpul, menukar dan menyebarkan maklumat di dalam
organisasi. Antara kebaikan sistem maklumat adalah;
i. Meningkatkan produktiviti pekerja dengan
mengurangkan masa bekerja, kesilapan dan kos.
ii. Ia juga dapat meningkatkan daya membuat
keputusan.
iii. Dapat membuat perkongsian
perniagaan dan kerjasama.
iv. Membolehkan jangkauan global di
seluruh dunia dengan mengambil kira budaya setiap negara atau masyarakat.
v. Memudahkan transformasi
organisasi sebagai organisasi yang berkembang dan memberi respon kepada pesanan
yang sentiasa berubah – ubah.
Sistem maklumat digunakan dalam
kebanyakan urusan dalam kehidupan harian. Contohnya urusan perbankan,
perniagaan, pendidikan, perubatan dan berbagai lagi. Dalam institusi kerajaan juga terdapat banyak
sistem yang dibangunkan bertujuan untuk memudahkan capaian dan mengurangkan kos
serta tenaga kerja. Sistem – sistem seperti e-filing, e-perolehan, e-penyata
gaji, HRMIS dan bermacam sistem diharap
dapat membantu masyarakat Malaysia pada amnya serta penjawat awam secara
khusus.
Apa yang saya tahu, pembinaan sistem
maklumat stratergik adalah apabila sistem tersebut mempunyai kelebihan daya
saing, dapat mengurangkan kelemahan daya saing atau dapat memenuhi lain – lain objektif
organisasi. Ini bermakna pembinaan sistem tersebut berjaya apabila pengguna
tidak merasa ia adalah bebanan dan
menjadikan urusan harian mereka lebih mudah.
Kelebihan Daya Saing…
Daya saing penting dalam sesebuah industri bagi memastikan penambahbaikan sentiasa dilakukan untuk kepuasan hati pelanggan. Bagi memastikan sesebuah perniagaan
itu berjaya, organisasi perlu membina strategi untuk menangani kuasa – kuasa ini
;
i.
Persaingan pesaing
dalam industri
ii.
Peserta baru ke
dalam industri dan
pasaran
iii.
Gantikan produk
yang boleh menawan pasaran
iv.
Kuasa tawar-menawar pelanggan
v.
Kuasa tawar-menawar
pembekal
Contohnya;
perkhidmatan hospital kerajaan
Macam yang kita semua
tahu, kerajaan telah menjadikan industri perubatan sebagai salah satu
perkhidmatan utama kerajaan. Oleh sebab itu, kerajaan sentiasa memastikan
perkhidmatan perubatan di bawah Kementerian Kesihatan adalah yang terbaik.
Pesaing utama hospital kerajaan adalah wujudnya hospital – hospital swasta
bertaraf pakar yang menyediakan perkhidmatan dan layanan yang baik terhadap
pelanggan. Selain itu, klinik – klinik swasta juga banyak dibuka berdekatan
kawasan taman – taman perumahan yang memudahkan pelanggan datang untuk
mendapatkan rawatan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah
mengambil pelbagai inisiatif bagi menangani aduan – aduan ketidakpuasan hati
pelanggan terhadap perkhidmatan di agensi perubatan kerajaan. Contohnya Klinik
1Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2011 bagi memudahkan golongan
berpendapatan rendah mendapatkan rawatan. Klinik ini dibuka pada jam 10 pagi
hingga 10 malam. Sasaran utama adalah golongan berpendapatan rendah. Namun,
Klinik 1 Malaysia dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu,
pesakit ulangan juga boleh menggunakan kemudahan SMS & Ambil, Pos Laju dan
Farmasi Pandu Lalu untuk mendapatkan ubat – ubatan mereka. Pesakit tidak perlu
lagi menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan farmasi.
Stratergi yang terbaik boleh diambil bagi menangani
kuasa – kuasa yang ada. Penjenamaan semula, projek inovasi, perkembangan industri,
kerjasama dengan pesaing industri dan pelbagai stratergi lain boleh dijalankan
bagi memastikan organisasi berdiri kukuh standing dengan organisasi gergasi
yang lain.