Thursday, 6 December 2012

Pengambilan Pekerja Menggunakan Teknologi Maklumat




Pengambilan dan pemilihan pekerja adalah proses permulaan sumber manusia. Pengurus sumber manusia akan mengkaji setiap aspek berikut dalam proses ini;
i.                     Apa pekerjaan yang diperlukan
ii.                   Bila masa yang diperlukan
iii.                  Bagaimana pengambilan akan dijalankan
iv.                 Dimana jawatan diperlukan
v.                   Kenapa jawatan diperlukan
vi.                 Siapa calon yang sesuai untuk jawatan tersebut

                Selepas mengkaji aspek – aspek di atas beserta spesifikasi dan justifikasi tugas yang diperlukan, ia boleh dijadikan panduan dalam proses pengambilan pekerja. Terdapat dua sumber dalam proses pengambilan pekerja iaitu melalui sumber dalaman dan sumber luaran.

Pengambilan Sumber Dalaman
        Bernardin & Russell (1997)berkata bahawa merekrut melalui sumber dalamanmerujuk kepada usaha pengrekrutan ke atas sesuatu posisi kerja daripada parapekerja yang sedia ada di dalam syarikat. Menurut June (1994),sumber pengambilan pekerja dalaman yang penting ialah pekerja sendiri yang sedia ada. Kebanyakan organisasi kalau boleh lebih sukamemenuhi jawatan kosong dengan calon-calon dalaman. Terdapat beberapa kelebihan yang wujud apabila merekrut melalui sumber dalamanini.  Antaranya ialah :

  • Melibatkan kos yang murah berbanding jika dibuat secara luaran.
  • Kemahiran dan keupayaan pemohon kerja lebih diketahui berbandingpemohon daripada sumber luaran
  • Polisi organisasi yang memberi peluang kenaikan pangkat ini (apabila dibuat melalui sumber dalaman) akan mengukuhkan moral pekerja,komitmen mereka dan juga kepuasan kerja.

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kelemahan yang wujud melaluipenggunaan melalui sumber dalaman ini, antaranya;

  • Pendekatan ini dikatakan sebagai mahu mengekalkan cara kerja yanglama dalam melakukan sesuatu.
  • Kepelbagaian idea dan pemikiran baru tidak dapat dicambahkan denganlebih meluas akibat penggunaan sumber dalaman sahaja
  • Politik dalaman mungkin akan memberi kesan yang besar dalam prosespengrekrutan dan juga proses pemilihan, apabila melalui sumber dalaman.

Pengambilan dari Sumber Luaran

                Bernardin & Russell (1997)menyatakan bahawa ianya merujuk kepada merekrutuntuk sesuatu posisi kerja daripada sumber luar dari syarikat.

                Sesetengah organisasi lebih suka mengambil pekerja baru dari luar organisasi kerana hendak mendapatkan idea dan inovasi dan selalunya sumber luaran ini adalahbertujuan untuk memenuhi kekosongan kerja di peringkat kemasukan (June, 1994).

Kelebihan menggunakan pengrekrutan melalui sumber luaran ini ialah :
  • Ianya merupakan satu pendekatan yang boleh mencambahkan pemikiran dan juga idea-idea baru dalam proses membuat sesuatu keputusan berkaitan kerja.

Manakala kelemahan-kelemahan yang mungkin wujud pula ialah :
  • Pengambilan pekerja baru dari luar syarikat mungkin memberi kesannegatif terhadap moral dan keakraban ahli kumpulan kerja yang sedia ada dalam syarikat tersebut.
  • Pekerja dari luar syarikat selalunya mengambil masa yang lebih lamauntuk mempelajari berkenaan aspek kerja.
  • Pengrekrutan dari luar juga memerlukan kos yang lebih tinggi berbandingpenggunaan sumber dalaman.

       Dengan adanya Sistem Maklumat Sumber Manusia, organisasi kebiasaannya melaksanakan proses pengambilan dan pemilihan pekerja secara online sahaja. Individu hanya perlu melayari laman web untuk mendapatkan peluang pekerjaan. 

         Kementerian Sumber Manusia juga telah menyediakan kemudahan untuk mempertingkatkan mobilisasi tenaga kerja negara secara elektronik. Organisasi boleh mengiklankan jawatan kosong secara percuma melalui aplikasi Electronic Labour Exchange (ELX).
               
       Urusan pengambilan pekerja juga bertambah mudah dengan adanya pembinaan sistem maklumat sumber manusia. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah memperkenalkan sistem pengambilan pekerja secara on-line. Calon hanya perlu mengisi borang SPA.8 on-line di laman www.spa.gov.my. Calon juga boleh menyemak status pendaftaran mereka secara on-line. Ia menjimatkan waktu dan memudahkan pengguna dan majikan.

          Kesimpulannya, pengambilan dan pemilihan pekerja boleh dilakukan dengan mudah dan pantas dengan adanya sistem maklumat sumber manusia.

Rujukan :
  1. http://www.scribd.com/doc/2524295/Kertas-Kerja-Pengurusan2
  2. www.hrmis.gov.my
  3. www.malaysia.gov.my
  4. www.spa.gov.my

0 comments:

Post a Comment