Friday, 7 December 2012

Pengurusan Prestasi



Sistem Penilaian Prestasi adalah suatu sistem yang penting dalam Pengurusan Sumber Manusia bagi menilai pencapaian prestasi anggota dan pencapaian matlamat organisasi.

Pengurusan Prestasi ini dapat memberi hubungkait antara pekerja dengan perancangan atau tindakan kerja organisasi melalui Sasaran Kerja Tahunan yang dibuat pada setiap awal tahun. Ia juga bertindak sebagai maklumbalas terhadap sasaran dan pencapaian individu. Majikan dan pekerja perlu berbincang berkaitan petunjuk prestasi, pengukuran serta penilaian yang perlu ada dalam sistem penilaian prestasi. Selain itu, pengurusan prestasi dapat menerapkan budaya kerja berprestasi cemerlang dalam setiap diri anggota.
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) adalah penting bagi menentukan prestasi pekerja. Majikan hendaklah menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh pekerja. Penyediaan SKT yang teratur membolehkan penilaian prestasi anggota dilaksanakan dengan adil, telus dan berdasarkan objektif organisasi.

Dalam sektor awam, penilaian prestasi diadakan pada hujung setiap tahun. Anggota akan mengisi borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan sebagai elemen penilaian. Penilaian akan dibuat oleh dua orang penilai yang bertindak sebagai Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua. Markah prestasi akan diberitahu kepada anggota oleh pegawai penilai sebagai langkah penambahbaikan dan motivasi kepada anggota.

Warna borang prestasi dibahagikan mengikut kumpulan perkhidmatan anggota tersebut. Warna Ungu untuk kumpulan pengurusan tertinggi, warna hijau untuk kumpulan pengurusan & professional, warna kuning untuk kumpulan sokongan 1 dan warna cokelat untuk kumpulan sokongan 2.

Pada masa ini, kerajaan Malaysia sedang dalam proses melaksanakan penilaian prestasi secara atas talian melalui sistem yang telah dibina iaitu Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS). Menggunakan Modul Pengurusan Prestasi, anggota hanya perlu log masuk ke dalam sistem HRMIS dan seterusnya membuat Sasaran Kerja Tahunan menggunakan modul tersebut. 

Pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan format SKT Online dengan SKT manual yang dibuat saban tahun. Maklumlah SKT manual dibuat berdasarkan format sendiri, bila guna sistem medan yang wajib diisi memang kene isi. Kalau tak, tak boleh nak hantar pada penilai. Mencabar juga guna sistem, sebab masalah talian. Perlu cari masa yang sesuai dan pastikan capaian talian adalah memuaskan. 

Walaubagaimanapun, penggunaan sistem penilaian prestasi adalah satu usaha yang baik. Ini disebabkan oleh faktor keselamatan yang tinggi dan penjimatan kos serta ruang penyimpanan. 

Rujukan:


  1. http://www.scribd.com/doc/3102008/NOTA-PENGURUSAN-PRESTASI 
    2. http://www.eghrmis.gov.my

0 comments:

Post a Comment