Sistem Maklumat Sumber Manusia ;)
Apa yang saya faham tentang subjek ni....mula - mula masuk kelas dah terbayang pasal sistem maklumat. Terfikir kalau kene buat sistem macam mana? ;-p
Sekarang ni kat mana - mana pun orang guna sistem. Nak buat apa pun online sahaja. Orang dulu - dulu nak pegang komputer pun takut. 'Takut rosak' katanya.... tapi sekarang, tanpa komputer manusia tak boleh buat kerja. 'Shopping' pun online sahaja.
Dalam kerja seharian, saya ada juga guna sistem sumber manusia ni. Salah satunya sistem yang semua penjawat awam guna tu lah...HRMIS...Sebenarnya sistem ni dapat membantu penjawat awam jika digunakan dan dilaksanakan dengan terancang. Banyak modul dalam sistem ni berkait rapat dengan urusan perkhidmatan penjawat awam seperti Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, e-GL dan macam-macam lagi. Masalah utama sistem hanya capaian talian yang agak lembab. Namun saya percaya kerajaan berusaha menambahbaik sistem dari masa ke semasa.
Bagi urusan perbankan pula, banyak bank - bank yang menggunakan perkhidmatan perbankan online seperti maybank2u, cimbclicks dan lain - lain. Urusan pembayaran juga mudah dilakukan dengan adanya perbankan online.
Pendek kata, dengan wujudnya sistem maklumat sumber manusia yang stratergik, urusan harian pengguna akan lebih mudah dan terancang.
0 comments:
Post a Comment