Friday, 7 December 2012

Pengenalan

Sistem Maklumat Sumber Manusia ;)

Apa yang saya faham tentang subjek ni....mula - mula masuk kelas dah terbayang pasal sistem maklumat. Terfikir kalau kene buat sistem macam mana? ;-p

Sekarang ni kat mana - mana pun orang guna sistem. Nak buat apa pun online sahaja. Orang dulu - dulu nak pegang komputer  pun takut. 'Takut rosak' katanya.... tapi sekarang, tanpa komputer manusia tak boleh buat kerja. 'Shopping' pun online sahaja.

Dalam kerja seharian, saya ada juga guna sistem sumber manusia ni. Salah satunya sistem yang semua penjawat awam guna tu lah...HRMIS...Sebenarnya sistem ni dapat membantu penjawat awam jika digunakan dan dilaksanakan dengan terancang. Banyak modul dalam sistem ni berkait rapat dengan urusan perkhidmatan penjawat awam seperti Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, e-GL dan macam-macam lagi. Masalah utama sistem hanya capaian talian yang agak lembab. Namun saya percaya kerajaan berusaha menambahbaik sistem dari masa ke semasa.

Bagi urusan perbankan pula, banyak bank - bank yang menggunakan perkhidmatan perbankan online seperti maybank2u, cimbclicks dan lain - lain. Urusan pembayaran juga mudah dilakukan dengan adanya perbankan online.

Pendek kata, dengan wujudnya sistem maklumat sumber manusia yang stratergik, urusan harian pengguna akan lebih mudah dan terancang.

Pengurusan Prestasi



Sistem Penilaian Prestasi adalah suatu sistem yang penting dalam Pengurusan Sumber Manusia bagi menilai pencapaian prestasi anggota dan pencapaian matlamat organisasi.

Pengurusan Prestasi ini dapat memberi hubungkait antara pekerja dengan perancangan atau tindakan kerja organisasi melalui Sasaran Kerja Tahunan yang dibuat pada setiap awal tahun. Ia juga bertindak sebagai maklumbalas terhadap sasaran dan pencapaian individu. Majikan dan pekerja perlu berbincang berkaitan petunjuk prestasi, pengukuran serta penilaian yang perlu ada dalam sistem penilaian prestasi. Selain itu, pengurusan prestasi dapat menerapkan budaya kerja berprestasi cemerlang dalam setiap diri anggota.
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) adalah penting bagi menentukan prestasi pekerja. Majikan hendaklah menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh pekerja. Penyediaan SKT yang teratur membolehkan penilaian prestasi anggota dilaksanakan dengan adil, telus dan berdasarkan objektif organisasi.

Dalam sektor awam, penilaian prestasi diadakan pada hujung setiap tahun. Anggota akan mengisi borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan sebagai elemen penilaian. Penilaian akan dibuat oleh dua orang penilai yang bertindak sebagai Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua. Markah prestasi akan diberitahu kepada anggota oleh pegawai penilai sebagai langkah penambahbaikan dan motivasi kepada anggota.

Warna borang prestasi dibahagikan mengikut kumpulan perkhidmatan anggota tersebut. Warna Ungu untuk kumpulan pengurusan tertinggi, warna hijau untuk kumpulan pengurusan & professional, warna kuning untuk kumpulan sokongan 1 dan warna cokelat untuk kumpulan sokongan 2.

Pada masa ini, kerajaan Malaysia sedang dalam proses melaksanakan penilaian prestasi secara atas talian melalui sistem yang telah dibina iaitu Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS). Menggunakan Modul Pengurusan Prestasi, anggota hanya perlu log masuk ke dalam sistem HRMIS dan seterusnya membuat Sasaran Kerja Tahunan menggunakan modul tersebut. 

Pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan format SKT Online dengan SKT manual yang dibuat saban tahun. Maklumlah SKT manual dibuat berdasarkan format sendiri, bila guna sistem medan yang wajib diisi memang kene isi. Kalau tak, tak boleh nak hantar pada penilai. Mencabar juga guna sistem, sebab masalah talian. Perlu cari masa yang sesuai dan pastikan capaian talian adalah memuaskan. 

Walaubagaimanapun, penggunaan sistem penilaian prestasi adalah satu usaha yang baik. Ini disebabkan oleh faktor keselamatan yang tinggi dan penjimatan kos serta ruang penyimpanan. 

Rujukan:


  1. http://www.scribd.com/doc/3102008/NOTA-PENGURUSAN-PRESTASI 
    2. http://www.eghrmis.gov.my

Thursday, 6 December 2012

Pengambilan Pekerja Menggunakan Teknologi Maklumat




Pengambilan dan pemilihan pekerja adalah proses permulaan sumber manusia. Pengurus sumber manusia akan mengkaji setiap aspek berikut dalam proses ini;
i.                     Apa pekerjaan yang diperlukan
ii.                   Bila masa yang diperlukan
iii.                  Bagaimana pengambilan akan dijalankan
iv.                 Dimana jawatan diperlukan
v.                   Kenapa jawatan diperlukan
vi.                 Siapa calon yang sesuai untuk jawatan tersebut

                Selepas mengkaji aspek – aspek di atas beserta spesifikasi dan justifikasi tugas yang diperlukan, ia boleh dijadikan panduan dalam proses pengambilan pekerja. Terdapat dua sumber dalam proses pengambilan pekerja iaitu melalui sumber dalaman dan sumber luaran.

Pengambilan Sumber Dalaman
        Bernardin & Russell (1997)berkata bahawa merekrut melalui sumber dalamanmerujuk kepada usaha pengrekrutan ke atas sesuatu posisi kerja daripada parapekerja yang sedia ada di dalam syarikat. Menurut June (1994),sumber pengambilan pekerja dalaman yang penting ialah pekerja sendiri yang sedia ada. Kebanyakan organisasi kalau boleh lebih sukamemenuhi jawatan kosong dengan calon-calon dalaman. Terdapat beberapa kelebihan yang wujud apabila merekrut melalui sumber dalamanini.  Antaranya ialah :

  • Melibatkan kos yang murah berbanding jika dibuat secara luaran.
  • Kemahiran dan keupayaan pemohon kerja lebih diketahui berbandingpemohon daripada sumber luaran
  • Polisi organisasi yang memberi peluang kenaikan pangkat ini (apabila dibuat melalui sumber dalaman) akan mengukuhkan moral pekerja,komitmen mereka dan juga kepuasan kerja.

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kelemahan yang wujud melaluipenggunaan melalui sumber dalaman ini, antaranya;

  • Pendekatan ini dikatakan sebagai mahu mengekalkan cara kerja yanglama dalam melakukan sesuatu.
  • Kepelbagaian idea dan pemikiran baru tidak dapat dicambahkan denganlebih meluas akibat penggunaan sumber dalaman sahaja
  • Politik dalaman mungkin akan memberi kesan yang besar dalam prosespengrekrutan dan juga proses pemilihan, apabila melalui sumber dalaman.

Pengambilan dari Sumber Luaran

                Bernardin & Russell (1997)menyatakan bahawa ianya merujuk kepada merekrutuntuk sesuatu posisi kerja daripada sumber luar dari syarikat.

                Sesetengah organisasi lebih suka mengambil pekerja baru dari luar organisasi kerana hendak mendapatkan idea dan inovasi dan selalunya sumber luaran ini adalahbertujuan untuk memenuhi kekosongan kerja di peringkat kemasukan (June, 1994).

Kelebihan menggunakan pengrekrutan melalui sumber luaran ini ialah :
  • Ianya merupakan satu pendekatan yang boleh mencambahkan pemikiran dan juga idea-idea baru dalam proses membuat sesuatu keputusan berkaitan kerja.

Manakala kelemahan-kelemahan yang mungkin wujud pula ialah :
  • Pengambilan pekerja baru dari luar syarikat mungkin memberi kesannegatif terhadap moral dan keakraban ahli kumpulan kerja yang sedia ada dalam syarikat tersebut.
  • Pekerja dari luar syarikat selalunya mengambil masa yang lebih lamauntuk mempelajari berkenaan aspek kerja.
  • Pengrekrutan dari luar juga memerlukan kos yang lebih tinggi berbandingpenggunaan sumber dalaman.

       Dengan adanya Sistem Maklumat Sumber Manusia, organisasi kebiasaannya melaksanakan proses pengambilan dan pemilihan pekerja secara online sahaja. Individu hanya perlu melayari laman web untuk mendapatkan peluang pekerjaan. 

         Kementerian Sumber Manusia juga telah menyediakan kemudahan untuk mempertingkatkan mobilisasi tenaga kerja negara secara elektronik. Organisasi boleh mengiklankan jawatan kosong secara percuma melalui aplikasi Electronic Labour Exchange (ELX).
               
       Urusan pengambilan pekerja juga bertambah mudah dengan adanya pembinaan sistem maklumat sumber manusia. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah memperkenalkan sistem pengambilan pekerja secara on-line. Calon hanya perlu mengisi borang SPA.8 on-line di laman www.spa.gov.my. Calon juga boleh menyemak status pendaftaran mereka secara on-line. Ia menjimatkan waktu dan memudahkan pengguna dan majikan.

          Kesimpulannya, pengambilan dan pemilihan pekerja boleh dilakukan dengan mudah dan pantas dengan adanya sistem maklumat sumber manusia.

Rujukan :
  1. http://www.scribd.com/doc/2524295/Kertas-Kerja-Pengurusan2
  2. www.hrmis.gov.my
  3. www.malaysia.gov.my
  4. www.spa.gov.my